Sabtu ini Stadium Merdeka mungkin akan runtuh. Kenapa tidaknya, stadium yang merupakan warisan negara itu yang hanya berkapasiti 30,000 orang akan dipenuhi seramai 1,000,000 manusia. Walaupun Mat Sabu sendiri tidak pasti berapa jumlah penyokong yang akan hadir, tapi penyokong-penyokong pembangkang sudah pun berkeyakinan ia akan dihadiri 1,000,000 orang.
Pelik betullah, kalau sampai 1,000,000 orang kenapa tak pilih saja Stadium Shah Alam. Tak perlu nak membazir duit sebanyak RM75,000.00 sebagai membayar sewa kepada Perbadanan Stadium Malaysia untuk acara selama lebih kurang 4 jam saja. Kalau guna Stadium Shah Alam yang berkapasiti lebih kurang 85,000 orang tu, Khalid Ibrahim boleh bagi percuma saja. Tapi kenapa tak buat kat sana??? Kenapa Khalid Ibrahim tak ajak buat di Shah Alam saja??? Dengar cerita, duit RM75,000.00 tu pun Khalid yang sponsor.
Sebenarnya pada SK, perhimpunan ini merupakan usaha terakhir dan terdesak pakatan pembangkang untuk melihat sejauh mana PKR, DAP dan PAS masih disokong rakyat.
Kalau sejuta orang, jejambat ni pun boleh patah tiga yob...
Kenapa memilih stadium yang berkapasiti 30,000 orang saja? Kenapa Mat Sabu sendiri tidak pasti berapa ramai yang akan hadir? Mengapa pula ada yang mengatakan ia adalah perhimpunan 1,000,000 rakyat? Cuma jangan hanya 5,000 dalam stadium manakala beribu-ribu lagi di jalan raya sudahlah.
Berapa ramai pun yang bakal datang nanti adalah menunjukkan setakat itu sajalah sokongan rakyat kepada mereka, setakat itu sahajalah kekuatan pakatan pembangkang.
Kalau semua sudah, lepas ni sudah-sudahlah...
Kerana mungkin ini merupakan acara terbesar pembangkang sebelum berlangsungnya PRU-13 dan jika kegagalan pakatan pembangkang menarik sokongan rakyat iaitu hanya kehadiran yang kecil sahaja daripada jangkaan, bermakna Putrajaya semakin jauh daripada impian Anwar Ibrahim (juga Lim Guan Eng dan Hadi Awang yang berebut-rebut dalam diam).
sk : selamat berhimpun...
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.