PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Monday 14 January 2013

DAP Siram 'Bunga-Bunga Cinta' 13 Mei 1969 Melalui #KALIMAH ALLAH



Boleh dikatakan seluruh umat Islam dan Melayu di negara ini tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah digunakan di dalam Bible versi Bahasa Melayu kerana ia boleh mengelirukan pemahaman tentang keEsaan Allah bukan sahaja di kalangan orang-orang Islam malah penganut Kristian sendiri. Sebab itu bukan semua penganut Kristian menerimanya malah turut juga menentang penggunaan kalimah Allah di dalam Bible. Isu ini timbul tidak lain hanyalah sebagai mainan politik yang dicetuskan oleh parti tertentu bagi mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan kaum serta agama di negara ini.

Isu ini dicetuskan oleh DAP, sebuah parti yang sejak dahulu lagi mempunyai semangat cauvism yang kuat, sebuah parti yang rasis, sebuah parti yang dari dahulu lagi tidak senang dengan bangsa Melayu, tidak senang dengan agama Islam di negara ini malah juga tidak senang dengan Raja-Raja Melayu. Sejarah tidak pernah menipu. Peristiwa 13 Mei 1969 menyaksikan rusuhan kaum terburuk di negara ini yang dicetuskan oleh DAP bermodalkan di antaranya ketidaksamaan kaum dalam pekerjaan di sektor kerajaan. (SK akan mengupas perkara ini dalam entri yang akan datang).

Kali ini mereka mencetuskan lagi bunga-bunga rusuhan kaum dengan bermodalkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible. Apa yang membimbangkan kini, ia bukan sahaja mendedahkan rakyat negara ini kepada rusuhan kaum tetapi juga rusuhan agama. Ini amat berat.

Lebih memburukkan keadaan ialah apabila isu ini dicaca-merbakan pula oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam iaitu PAS apabila saranan DAP itu turut disokong oleh PAS. Semuanya kerana kepentingan politik semata-mata, ingin berkuasa, melunaskan dendam sesama Islam dan Melayu. Maka berlakulah percanggahan pendapat, sokongan, pemahaman serta kecelaruan penerimaan di kalangan umat Islam dan Melayu. Malah percanggahan pendapat di dalam kepimpinan PAS juga berlaku. Ulama-ulama yang tugas hakiki mereka yang satu iaitu memperjuangkan Islam juga semakin berpecah-belah.

Pastinya di kalangan penyokong PAS juga menjadi keliru; ada yang ingin mengikut ulama tulen, ada yang ingin mengikut kepimpinan tertinggi walaupun sedar ianya salah. Nampaknya 'jarum halus' DAP untuk memecah belahkan umat Islam dan Melayu kian berjaya. 

Penentangan umat Islam dan Melayu terhadap isu ini semakin meluas, malah di negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang juga bangkit menentang. Malah penyokong-penyokong PAS yang mempunyai kesedaran juga mula menentang dan pastinya ramai lagi (menentang dalam diam).

Di Shah Alam, Selangor

Di Alor Setar, Kedah

Di Kota Bharu, Kelantan

Di Pulau Pinang

Ternyata, sokongan PAS kepada DAP telah melicinkan lagi proses perpecahan di kalangan umat Islam dan Melayu serta apa yang lebih membimbangkan, ia akan mendedahkan situasi kepada rusuhan kaum dan agama di negara ini. 

Umat Islam dan Melayu di dalam PKR juga tidak boleh diharapkan kerana pendirian mereka jauh lebih teruk dan sesat, menjurus kepada pluralisme, LGBT dan sebagainya yang dilaknat Allah. Sedangkan PAS sendiri tidak mampu untuk memperjuangkan Islam apatah lagi untuk mengharapkan PKR. 

Kepada pengikut-pengikut PAS yang masih lagi waras, syukurlah kita masih lagi ada pilihan. Masih diberi akal untuk memilih. Ulama-ulama tulen yang hati dan tindakan mereka hanyalah semata-mata kepada Allah swt ada di depan kita. Ulama-ulama yang sanggup menggadaikan Islam demi kepentingan hawa nafsu dan diri sendiri juga ada di depan kita. Kita ikutlah jalan yang benar. 

Ingatlah, jangan sekali-kali kita percaya dan ikut kepada musuh-musuh Islam yang tersembunyi mahupun yang telah nyata. Kafir harbi ini pasti akan dilaknat oleh Allah swt, namun mereka dimegahkan oleh Allah swt di dunia ini semata-mata mahu menguji keimanan kita. Renunglah, sedarlah sahabat. 

Begitu mudah kita diperlekehkan...

sk : renunglah sejenak bala yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...