PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Monday, 14 January 2013

Nak Ikut Haron Din Atau Hadi Awang #KALIMAH ALLAH



Antara Dato' Haron Din, Nik Aziz dan Hadi Awang, siapa paling hebat? Tentulah Nik Aziz sebab dia Mursyidul Am, pemimpin agung PAS yang boleh memberi syurga kepada sesiapa saja. Tentulah Hadi Awang sebab dia Presiden PAS dan bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Namun siapa Haron Din pula? Dia cuma Timbalan Mursyidul Am saja, biasa-biasa saja. Tapi bagi kebanyakkan kita umat Islam dan Melayu di Malaysia yang dah matang ini (kalau yang muda-muda remaja mungkin tak mengenali sangat) tentu telah kenal siapa sebenarnya Haron Din. Hebatkah dia?

Haron Mahu Ahli PAS Ikut Pendirian Ulama

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mahu semua penyokong dan ahli Pas berpendirian seperti golongan ulama di dalam parti tersebut iaitu kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh agama Islam.

''Kalau hukum syarak, ikut ulama''.

Golongan ulama dalam parti itu seperti Haron, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus termasuk bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tetap menyatakan pendirian mereka bahawa kalimah Allah hanya untuk agama Islam.

Haron menegaskan perkataan Allah langsung tidak disebut di dalam Bible sebaliknya perkataan yang digunakan ialah God.

''Berbeza dengan al-Quran perkataan Allah disebut secara berulang-ulang beribu-ribu kali. Selain itu, kalimah Allah ini begitu dekat kepada kita sejak kita dilahirkan sehinggalah kita kembali kepada Allah.

''Allah yang kita kenali ini telah digambarkan secara jelas seperti firman Allah di dalam surah al-Ikhlas. Di dalam surah ini diterangkan Allah yang maha Esa. Diperjelaskan hanya Allah sahaja kita mohon pertolongan".

Di dalam surah itu lagi diterangkan Allah yang tiada anak dan Allah tiada diperanakkan serta ditutup dengan penjelasan Allah tiada bandingan denganNya.

Haron turut melahirkan kebimbangannya iaitu kalimah Allah akan ditulis di gereja atau di salib sekiranya kalimah Allah dibenar digunakan penganut Kristian.

''Pada waktu itu amat tercemar nama Allah''.

- Sebahagian petikan Dato' Haron Din kepada Utusan. Artikel penuh baca di sini.

Sekarang bagaimana, siapa yang kita hendak ikut? Jalan yang mana yang kita nak pilih? Penyokong-penyokong PAS dan tentunya kebanyakkan daripada kita yang Islam dan Melayu ini, tentunya kenal siapakah sebenarnya Dato' Haron Din ini, bukan calang-calang ulama. Adakah kita masih enggan untuk mengikut beliau??? Adakah kerana syurga tidak ada 'ditangan' beliau, kita tidak mahu mengikut saranan beliau???

Kepada anda penyokong-penyokong PAS, tentulah anda lebih kenal ulama-ulama bukan? Tapi harus juga beringat, sekarang ini berbagai ulama ada, pilihlah yang betul ikutlah yang betul.

Jangan terlalu berpolitik, jangan tipu diri sendiri. Ingatlah Allah.

Diulang sekali lagi kata-kata Haron Din "kalau hukum syarak, ikut ulama".

sk : semestinya akan ikut ulama sebenar seperti Haron Din...anda bagaimana???

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...