PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Monday 7 January 2013

"The Fifth Column" Tun Mahathir Dah Lama Bagi Nasihat, Kini Semuanya Terbukti


Apakah yang dimaksudkan dengan istilah "The Fifth Column"? Kira-kira 13 tahun dahulu lagi Tun Dr. Mahathir (waktu itu sebagai Perdana Menteri) telah mengingatkan kita betapa bahayanya The Fifth Column atau "pasukan kelima" ini. Sejak dahulu lagi Tun sudah menyedari dan mengetahui bahawa perkara ini akan berlaku malah sekarang ini tentu beliau tidak menyangka bahawa sehingga sebegini teruk jika dibandingkan ketika zaman beliau dahulu.


Berwaspada Musuh Dalam Selimut


Mereka tidak boleh melumpuhkan Malaysia melainkan ada orang Malaysia sendiri terutamanya orang Melayu sendiri yang akan bersubahat bekerja dengan mereka untuk melumpuhkan Kerajaan Malaysia. Ini hasrat mereka, ingatlah daripada sejarah, mereka selalu menggunakan apa yang mereka kenalkan sebagai "The Fifth Column" iaitu pasukan kelima, lagi empat pasukan ada bersama mereka dan sedang mara ke hadapan untuk menakluki kita, tetapi untuk menjayakan serangan mereka, mereka mengadakan pasukan kelima iaitu "The Fifth Column" yang sudah berada di dalam negara kita, yang kerapkali terdiri dari orang kita sendiri.

Maka mereka inilah yang akan 'membuka pintu' apabila pasukan yang empat lagi datang. Kita ingat cerita mengenai sejarah "The Wooden Horse", kuda kayu yang dibina oleh orang Greek semasa berperang dengan orang Troy, mereka telah mengawal Kota Troy, tetapi tidak dapat menewaskan pertahanan Troy. Dengan itu mereka membina sebuah kuda yang besar dan mereka menghadiahkan kepada Troy.

Tetapi apa yang mereka buat ialah menempatkan askar-askar dalam kuda kayu ini dan apabila Troy melihat orang Greek sudah berundur jauh, berundur sehingga tidak nampak lagi, mereka keluar daripada bandar Troy dan mengheret masuk kuda kayu ini ke dalam bandar mereka. Malam itu askar-askar yang bersembunyi di dalam kuda kayu itu telah turun dan membuka pintu gerbang bandar Troy dan memberi laluan kepada tentera Greek untuk masuk ke dalam bandar Troy.

Dengan itu Troy dapat dikalahkan oleh Greek dan dikuasai oleh Greek. Daripada peristiwa ini terdapat satu pepatah Barat yang berkata "Beware of Greeks Bearing Gifts", bermakna berhati-hati dengan orang Greek yang membawa hadiah.

Sekarang ini ada orang asing membawa hadiah kepada kita, berjaga-jaga kerana hadiah itu adalah sama dengan kuda kayu yang bertujuan untuk melumpuhkan kita supaya mereka kembali menjajah kita. Itulah yang sedang berlaku sekarang.

- Petikan Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad (ketika itu sebagai Perdana Menteri) pada Majlis Perjumpaan Dengan Pegawai Kerajaan Persekutuan Negeri, Imam dan Penghulu Di Wisma Darulaman, Kedah pada 22 Mac 1999.





Poster-poster ihsan Mymassa

Kini di Malaysia, sudah begitu ramai yang menjadi ahli pasukan kelima malah secara terang-terangan lagi bersekongkol dengan musuh-musuh untuk menjahanamkan negara ini. Mereka sedikit demi sedikit telah 'membuka pintu-pintu' kepada pihak musuh untuk terus melancarkan serangan demi serangan bagi melumpuhkan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.

Jika dahulu 'kuda kayu' dibawa masuk ke dalam bandar Troy, takkan kita nak biarkan 'babi kayu' pula di bawa masuk ke dalam negara ini (walaupun babi memang dah banyak)...???

sk : nak masuk pasukan keenam atau ketujuh...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...