Perhimpunan pada Sabtu 12.1.2013 ini di Stadium Merdeka boleh dianggap sebagai jalan atau cubaan pihak pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat, juga bertujuan mengelirukan rakyat. Sekarang ini semakin hampir dengan PRU-13, semakin tak menang tangan pula dibuatnya pakatan pembangkang menepis serangan pihak-pihak tertentu dan yang lebih penting lagi serangan oleh rakyat silent majority yang mahukan penjelasan mengenai beberapa isu panas yang memalit muka pakatan pembangkang.
Sekarang ini beberapa isu besar telah memerangkap pakatan pembangkang dan telah membuka mata sekalian rakyat.
Isu kalimah Allah telah menunjukkan betapa PAS bacul dalam mempertahankan pendirian menegakkan agama Islam serta membuktikan tiada lagi persefahaman di antara pemimpin-pemimpin PAS. Golongan ulama dalam PAS semakin hari semakin ditendang dan diludah ekoran perangai PAS yang tak boleh renggang dari membuntuti PKR dan apatah lagi teman mesra DAP. Peranan Majlis Syura dalam menentukan sebarang keputusan terbaik berdasarkan pandangan ulama-ulama telah tenat dan nazak, atau telah hilang entah ke mana dah pun. Seluruh umat Islam dan Melayu yang silent majority sangat marah berhubung isu.
Isu tanah di Kelantan sebanyak kira-kira 4000 hektar yang dikatakan diberi kepada orang luar, dah la orang luar kafir harbi pulak tu sedangkan ramai lagi rakyat Kelantan yang masih belum bertanah, masih miskin, masih perlukan bantuan diabaikan. Pemimpin Agung Nik Aziz dengan mudah pula memberi tanah tersebut kepada kafir-kafir harbi sebagai balasan untuk menerima 'Ngok' sebagai Menteri Besar di Perak pada 2008. Di depan, rakyat Kelantan menentang Kerajaan kerana isu royalti minyak, maka wujudlah geng R, tapi di belakang pula hasil kayu kayan dan balak bumi Kelantan seluas 4000 hektar diberi kepada orang luar. Rakyat silent majority Kelantan dan rakyat Kelantan di luar Kelantan sangat marah berhubung isu ini.
Isu pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat parti DAP yang paling bodoh dan busuk pernah disaksikan. Lantak merekalah nak pilih macam mana sekalipun kerana kita kenal siapa mereka, tetapi apa yang menjadi isu ialah sikap DAP yang begitu selamba dalam memperbodohkan orang-orang Melayu, begitu kurang ajar dalam usaha untuk meraih sokongan orang Melayu. Sebenarnya orang Melayu tahu bahawa DAP tidak pernah memandang orang Melayu walau sebelah mata pun, dan begitu juga orang Melayu tidak akan pernah sekali-kali memberi muka kepada DAP. Melayu dalam PAS dan pakatan pembangkang itu lain, mereka sanggup jadi apa saja untuk kafir harbi. Sampai begitu sekali maruah orang-orang Melayu diperlekehkan oleh DAP. Rakyat Melayu dan Islam yang silent majority juga sangat marah berhubung isu ini.
Isu cubaan menghalang Shamsidar Taharin daripada menjadi saksi kes liwat Anwar Ibrahim yang juga bakal diadakan di mahkamah dalam masa beberapa hari lagi. Shamsidar adalah saksi penting dan beliau bakal merungkaikan banyak perkara berhubung 'aktiviti' Anwar Ibrahim, jadi ia menjadi ketakutan yang besar bukan sahaja kepada Anwar malah kepada pencacai-pencacai pembangkang terutamanya PKR. Berbagai usaha dilakukan termasuklah cubaan menggugurkan nama Shamsidar daripada menjadi saksi, namun gagal. Rakyat silent majority juga marah berhubung isu ini serta menanti keputusan sebenar mengenai kes paling busuk dalam sejarah negara.
Di samping isu-isu besar ini, banyak lagi isu lain yang tak kurang pentingnya yang turut sama akan dikaburkan oleh pakatan pembangkang melalui penganjuran perhimpunan pada Sabtu ini. Semuanya bertujuan untuk mengaburi mata rakyat (penyokong-penyokong mereka sendiri sebenarnya, kerana rakyat silent majority lebih cerdik), untuk mengalih perhatian rakyat, untuk mengelirukan rakyat.
Kononnya perhimpunan diadakan adalah untuk menuntut perkara-perkara yang pernah diutarakan dalam siri BERSIH dahulu. Tapi sedarkah mereka semua jawapan itu telah pun 'dijelaskan' oleh pemimpin-pemimpin pembangkang kesayangan mereka sendiri.
SPR tak telus dan betul? DAP dah pun jawab dah dalam pemilihan AJK Pusat mereka. Kerajaan BN rasuah? Nik Aziz dah jawab dah dengan pemberian tanah-tanah di Kelantan. Kerajaan BN tak jaga alam sekitar? MB Kedah dah jawab dah sampai licin bukit-bukit di Pedu. Kerajaan BN menyebabkan banyak kes jenayah? Mungkin Nga boleh jawab. Nak selamatkan Felda? Seluruh peneroka yang dah sampai ke generasi ketiga pun semuanya dah selamat dalam Felda, dah kaya raya pun. Yang tak selamat, mungkin Mazlan Aliman boleh jawab.
Perhimpunan ini juga bertujuan mengalihkan perhatian rakyat yang 'buta hati' daripada mengikuti kes perbicaraan liwat Anwar. Biarlah semuanya berkinja-kinja dengan asyiknya di stadium sahaja. Tapi rakyat silent majority akan tersenyum di rumah.
sk : Sabtu ni nak pegi memancing...ada juga faedah.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.