PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Monday, 7 January 2013

KALIMAH ALLAH Penganut Kristian Pun Menolak, Tapi BANG MAT Kata OKEY


Bang Mat kata orang bukan Islam pun boleh guna kalimah Allah. Tapi kalau tanya dia lagi, dia akan kata "bukan saya kata, tapi Tok Guru Nik Aziz yang kata..Hadi Awang pun kata macam tu juga". Pendek kata hangpa tiga orang ni sama saja. Dalam PAS sendiri pun dah bercelaru kucai habis dah, kata orang Kedah "dah jadi kaboi main taik dah". Mana tidaknya, puak ni kata BOLEH, puak lagi satu (Mustaffa Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Rani Osman, termasuklah Haron Din) kata TAK BOLEH orang selain Islam guna kalimah Allah. Tapi dah terbukti Bang Mat akan ikut Nik Aziz dan Hadi Awang, atau lebih tepat lagi ikut Lim Guan Eng.

Memalukan betul, kita (Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu) yang Islam ni pula beria-ia mengatakan boleh digunakan kalimah Allah kepada bukan Islam sedangkan orang Kristian sendiri menolak menggunakan kalimah Allah dalam kitab-kitab mereka.

Sekitar akhir tahun 1990-an, di Indonesia telah muncul kelompok yang memuja nama Yahweh. Pelopornya adalah Dr. Suradi dari Yayasan Nehemia. Pada prinsipnya kelompok ini berpendapat bahawa nama Allah adalah nama dewa berhala Arab atau tepatnya dewa bulan dan dewa air, kerana itu haram disebut oleh umat Kristian dan harus dihapus dari dalam Alkitab terbitan LAI (Lembaga Alkitab Indonesia).

Jaringan Gereja-Gereja Pengangung Nama Yahweh juga menggantikan nama tuhan dengan YAHWEH dan menerbitkan Kitab Suci Umat Perjanjian Tuhan pada tahun 2002. Kitab suci ini menghilangkan nama Allah dan menggantikannya dengan tuhan dan nama TUHAN dengan YAHWEH.

Pada Ogos 2007, seorang paderi Roman Katolik di Belanda bernama Tiny Muskens, telah membuat seruan supaya penganut Kristian menggunakan nama Allah. Walau bagaimanapun, seruan tersebut telah mendapat bantahan daripada penganut Kristian sendiri samada dalam kalangan Protestan mahupun Katolik.

Terdapat satu artikel berbahasa Arab tulisan Izzat Andrews iaitu seorang penganut Kristian Koptik di Mesir yang  berjudul "Allah Bukan Tuhan Agama Kristian Dan Yahudi". Beliau mengatakan bahawa kalimah Allah hanya berasal daripada penggunaan orang Jahilliah yang merujuk kepada tuhan bulan. Ia tidak pernah termaktub dalam kitab-kitab Yahudi mahupun Nasrani. Tuhan bagi mereka penganut Kristian ialah Elohim.

Kalau sebelum ini penganut-penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibekalkan dengan Alkitab yang dibawa dari Indonesia, bermakna bukan menjadi masalah kepada mereka untuk tidak menggunakan kalimah Allah, mereka boleh menggunakan nama Yahweh seperti mana yang ditetapkan oleh LAI sendiri.

Jadi mengapa paderi-paderi di Malaysia ni bersemangat sungguh untuk menggunakan kalimah Allah, sedangkan mereka sendiri juga menyedari bahawa kalimah Allah hanya untuk Islam dan mereka sudah ada nama-nama Tuhan mereka tersendiri??? Pasti ada pihak tertentu di belakang isu ini yang sentiasa menyokong kuat puak-puak paderi ni. Boleh teka la siapa kan.

Tujuannya hanyalah satu, sebagai usaha untuk memecahbelahkan umat Islam di Malaysia serta sebagai jarum halus untuk menyebarluaskan fahaman Pluralisma di negara ini. Puak-puak ni akan menyerang sehabis mungkin setiap penjuru orang Melayu dan Islam di negara ini, serang bangsa serang agama.

sk : bangsa diserang kita bersabar, kini agama diserang pun kita masih bersabar...hebattt

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...