PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Tuesday, 1 January 2013

Tahniah PAS!!! Ramai Orang DAP Nak Masuk Islam

Katanya lari ikut jalan belakang (takut berdepan dengan pemimpin-
pemimpin NGO Islam) semasa di Lapangan Terbang, betul ke?

Semakin hampir dengan pilihan raya umum (PRU) semakin galak pakatan pembangkang khususnya DAP bermain dengan isu-isu sensitif yang seringkali mengguris hati dan perasaan umat Islam serta orang Melayu, sengaja mencari pasal dan menguji tahap kesabaran orang Islam dan Melayu. Isu kalimah Allah yang dibangkitkan semula oleh orang kuat mereka menampakkan bahawa DAP sengaja (berniat jahat) menimbulkan suasana tegang, bukan kerana mereka tidak tahu atau tidak faham. Ada matlamatnya mengapa mereka berbuat begini...
Bodohlah semua pemimpin DAP kalau kita masih menganggap bahawa mereka tidak tahu atau tidak faham tentang kedudukan Islam dalam Perlembagaan, penggunaan kalimah Allah dan sebagainya yang bersangkutan dengan hal ehwal agama dan kepercayaan seperti terkandung dalam Perlembagaan. Dalam DAP ada peguam-peguam besar, orang-orang hebat yang sudah lama membangkang dan membangkang  dalam bidang politik. Mustahil mereka semua buta Perlembagaan serta buta sejarah.

Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk terus memecahbelahkan umat Islam dan orang-orang Melayu di negara ini. Mereka sudah berjaya 'mentarbiyahkan' PAS apatah lagi PKR untuk berada di pihak mereka. Malah ada pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang bermati-matian mempertahankan kafir harbi ini, sedangkan secara terang-terangan harbi-harbi ini memperlekeh serta menentang mereka. 

Bagi DAP, PAS hanyalah sebagai pedang untuk mereka menikam UMNO, sebaliknya apabila UMNO menyerang, PAS pula dijadikan perisai mempertahankan diri mereka. Akhirnya kedua-duanya, Islam dan Melayu (UMNO dan PAS) yang hancur lunyai. Itulah matlamat akhir mereka.

JAKIM tegaskan kalimah Allah hanya untuk umat Islam

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.

"Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata, kalimah Allah merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.

Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia.

"Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah Allah yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

"Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah "Allah" dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat subjudis", katanya. - BERNAMA

Kenyataan pihak JAKIM sudah pun jelas. Apakah kita sudah lupa isu yang sama dibangkitkan mereka di Sabah dan Sarawak pada tahun 2009 dahulu? Masih ingatkah PAS? Soal agama dan kesucian Islam usahlah dibuat-buat lupa. Ambillah tindakan tegas.

Atau apakah PAS seronok kerana ramainya orang DAP 'nak masuk Islam', maklumlah dalam ceramah-ceramah mereka, Cina DAP sudah ramai yang boleh melaungkan Allahuakbar, membaca surah-surah dan ayat-ayat Al-Quran.

Bila ada pihak yang membuat bantahan dan tindakan kecaman terhadap DAP berhubung isu ini samada melalui tiket PAS atau pun NGO, PAS pula tak mengakui. Menafikan.




PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini. 


Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut. 

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi. 

"Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi .

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat. 

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya lagi. 

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz 

Harakahdaily

Baca lanjut di sini http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/12/bila-masa-pas-anjur-demo-bantahan-guna.html

Maknanya...maknanya PAS tak buat apa-apa jugalah berhubung isu ini. Hanya terima saja, hanya berdiam diri saja. Itulah PAS.

sk : orang Melayu masih lagi baik, masih lagi bersabar...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...