PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Tuesday 1 January 2013

Razali Abdul Rahman Akan Buat DAP Terkencing Terkencit

Razali (berbaju merah) ketika menyerahkan borang untuk menjadi ahli PERKASA.

Inilah orang kuat DAP, boleh dikatakan totok-setotoknya terhadap DAP. Sanggup lakukan apa sahaja demi DAP. Berpuluh-puluh tahun bersama DAP sehingga menjadikan beliau orang Melayu dan Islam kepercayaan Lim anak-beranak. Tapi Allah SWT itu Maha Berkuasa.
Ketika berada (dan pernah tidur) di dalam gereja semasa bertugas menghadapi pilihan raya negeri Sarawak tidak lama dahulu, sekelip mata sahaja Allah SWT memberikan hidayah dan cahaya kesedaran kepadanya. Mengalir air matanya, menangis beliau di dalam gereja mengenangkan begitu jauh dia tersesat dan tersasar dari jalan yang benar. Kini Razali tidak lagi dicengkam oleh DAP.

SK pernah berjumpa Razali, pernah mendengar pengakuan ikhlasnya, pernah melihat sendiri bagaimana beliau sebak, matanya yang bergenang, ucapannya memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan orang Melayu. DAP menjadi tak keruan seketika, anak-beranak Lim memujuknya kembali kepada DAP, malah orang kanan PAS (yang suka mencarut) juga memujuknya (serta memarahinya kerana keluar DAP) dengan menawarkan jutaan wang ringgit asalkan beliau kembali kepada DAP.

Alhamdulillah, hati beliau telah disucikan dan tidak termakan langsung dengan pujuk rayu pemimpin DAP serta orang PAS tersebut juga yang beliau panggil 'Abang'. Atas kesedarannya itulah beliau pernah mendedahkan tentang majlis perjumpaan paderi-paderi besar Malaysia di Petaling Jaya, Selangor suatu ketika dahulu bagi membincangkan perkara-perkara tentang 'mengkristiankan' Malaysia.
  

Bersatu tentang Guan Eng


PULAU PINANG 30 Dis. - Orang Melayu di negeri ini perlu bersatu hari menentang tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menimbulkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, meskipun perkara itu sudah diputuskan oleh Majlis Raja-Raja, Guan Eng masih cuba mengingkarinya.

Justeru tegasnya, tidak salah memerangi perbuatan Guan Eng itu seperti mana orang Islam menentang musuh-musuh yang cuba mencemarkan kesucian agama.

“Memerangi DAP merupakan satu kemestian sebab mereka mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Jihad adalah tindakan paling sesuai untuk (membantah perbuatan) mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan Melayu (M) Bhd. 31 Disember 2012. 

DAP sangat takut kepada Razali kerana dalam diri Razali ada tersimpan terlalu banyak rahsia DAP. Beliau juga pernah menerima berbagai ugutan yang mengancam keselamatan diri dan keluarga. SK percaya Razali akan terus-menerus mendedahkan siapa DAP yang sebenarnya kerana beliau pernah berkata hanya dengan pendedahan demi pendedahan saja dia dapat menebus segala dosanya kepada umat Islam dan Melayu di negara ini. 

Alhamdulillah, Allah SWT Maha Pelindung dan sehingga kini beliau masih ada, masih selamat untuk terus  menyampaikan ceramah dan dialog bagi menyedarkan orang-orang Islam dan Melayu tentang rupa sebenar DAP. Antara perkara yang pasti menurut Razali, DAP akan terus berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian; agama rasminya Kristian dan Perdana Menterinya dari kalangan orang Kristian. 

Orang-orang Melayu dan Islam yang masih berada dalam DAP, apa lagi yang anda semua tunggu? Masih menagih cinta palsu DAP? Begitu juga PAS, masih lagi enak 'tidur sebantal' dengan DAP? Masih lagi bermimpi rupanya...

sk : Razali juga katanya kenal balaci-balaci suruhan DAP...

1 comment:

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...