PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Wednesday, 6 March 2013

TRAGEDI LAHAD DATU : LAGI BUKTI PETUALANG DIKENALPASTI!! SURATAN ATAU KEBETULAN?


Alhamdulillah, serangan balas yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seawal pukul 7.00 pagi semalam telah berjaya menghapuskan serta melumpuhkan kumpulan penceroboh 'Tentera Kesultanan Sulu' di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Persoalan yang bermain di benak seluruh rakyat Malaysia kini apakah ada pihak tertentu yang menjadi dalang di sebalik semua kejadian ini, yang menjadi mastermind atau pendorong atau apa saja asalkan suatu kejadian yang kacau-bilau dan tidak selamat tercetus di Sabah?

Perkara ini sendiri telah juga disahkan oleh pihak perisikan tentera Filipina yang isi kandungannya sudah pun tersebar luas di medium-medium internet untuk tatapan kita dan untuk penilaian kita. Banyak sudah tanda-tanda yang menunjukkan penglibatan pihak tertentu tersebut, namun seperti biasa ia akan dinafikan.

Terbaru, mari kita saksikan dan nilaikan sendiri video berikut.


Ceramah-ceramah berikut yang diadakan di Semenanjung dan bukannya di Sabah.

Perhatikan tarikh-tarikhnya.

02 Disember 2012...bernyanyi-nyanyi penuh riang. Kumpulan penceroboh belum mendarat di Lahad Datu. (Atau sudah mendarat siapa yang tahu?).

29 Januari 2013...masih bernyanyi dan perlekehkan PM, DS Najib. Kumpulan penceroboh masih belum mendarat di Lahad Datu. (Atau sudah mendarat siapa yang tahu?).

14 Februari 2013...masih lagi bernyanyi dan bersuka ria bersama penyokong-penyokong.

Di kala ini penceroboh-penceroboh sudah pun menyusup dan berkampung di Lahad Datu. Pihak Kerajaan tetap berhati murni serta bertungkus-lumus menyelamatkan keadaan melalui rundingan bukan pertumpahan darah. Tetapi apakan daya.

01 Mac 2013...dua anggota PDRM terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas diserang secara 'pengecut' oleh penceroboh.

02 Mac 2013...enam orang lagi anggota PDRM terbunuh selepas diserang secara 'pengecut' sekali lagi oleh kumpulan penceroboh.

"..Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib Sabah nak tumbang (hilang).." 

Apakah ini semua suatu suratan atau kebetulan??? Mengapa dan kenapa lagu ini dinyanyikan di setiap ceramah yang diadakan? Urutan sebulan demi sebulan dari Disember 2012 membawa sehingga terjadinya tragedi pada Mac 2013 bagaikan suatu perancangan yang teliti.

Sama-samalah kita renung sejenak, berfikir secara mendalam dan buat pertimbangan yang matang serta sewajarnya, walaupun jawapan yang tepat kita tidak pasti dan belum terbukti.

Semoga petualang-petualang negara dapat dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman sewajarnya. Percayalah, walau sehebat mana pun tutur kata dan tindakan, kebenaran pasti akan terserlah jua.

Ketika ada yang bergembira bernyanyi bagai, ada yang meratap pilu kehilangan insan-insan yang tersayang. Ibu bapa kehilangan anak, isteri kehilangan suami, anak-anak kehilangan ayah dan negara kehilangan perwira bangsa. Fikir-fikirkanlah.

Satukan hati kita semua. Keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara tumpah darah ini adalah tanggungjawab kita bersama untuk kita pertahankan.

SK : yakin rakyat Malaysia sudah bijak dan pandai membuat keputusan...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...