PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Friday, 22 March 2013

Mental Block Perangai Pengikut, DAP Menang PAS Yang Lingkup


Pada PRU-12 semua orang sedar para pengikut totok Paslah yang bekerja keras untuk kemenangan pakatan mereka. Namun yang kaut besar ialah DAP.

Makna kata, para pengikut tegar Pas - yang sanggup tidur di atas jalan; atau bertakbir atas nama Allah jika UMNO dapat dipersendakan - tidak peduli jika DAP menang besar. Matlamat mereka ialah asalkan mereka dapat memalukan UMNO (bukan BN), itu sudah memadai.
Namun pada PRU-13 ini, bagaimana pula coraknya? Apakah para pengikut totok Pas dan para pemimpinnya akan bertindak sekali lagi? Melihatkan trend sepenggal dari pasca tsunami politik 2008 sehingga pra-PRU-13 ini sudah ada perubahan dalam Pas. Ada yang setuju, ada yang tidak.

Puak ulama Pas beralih arah. Mereka tidak bersetuju dengan cara Pas itu. Maka ada yang tidak selindung lagi, menyatakan perasaan masing-masing. Mereka termasuklah Nasharuddin Mat Isa dan lain-lain. Akibat keceluparan dan perlakuan, Ustaz Nasha akhirnya dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas.

Ini sekali gus mengulangi sejarah hitam Pas setahun lalu yang memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga AJK Pas Pusat, Dr. Hasan Ali pada 8 Januari 2012 juga tanpa memberi ruang pembelaan diri.

Puncanya juga adalah kerana keceluparan dan perlakuan Dr. Hasan Ali yang tidak tahan melihat kerakusan penguasaan DAP dalam Exco kerajaan Selangor. Haron Din pun ada menyatakan perasaan yang sama - secara rasmi mahupun tidak. Namun, beliau kelihatan masih playsafe!

Sebaliknya, puak Anwarninas, penyokong totok Anwar Ibrahim dalam Pas pula bermati-matian ke arah matlamat mereka. Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin yang terlalu taksub dengan Anwar. Beliau sanggup melakukan apa sahaja asalkan bukan kemenangan kepada UMNO, walaupun isu kalimah Allah dipermainkan oleh DAP.


Hanya layak jadi kuda dan keldai tunggangan puak-puak kafir harbi saja...

Jelas bahawa kepimpinan Pas bersedia untuk membelakangkan isu-isu ini demi kerjasama politik dengan DAP, walaupun ia bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu. Dalam kegilaan untuk merampas Putrajaya, kepemimpinan Pas telah bertolak-ansur dengan nilai-nilai asas kesucian Islam.

Sehingga ke saat-saat ini, Pas masih tidak sedar ia tidak boleh bergantung kepada DAP untuk membawa undi Cina kepada calon-calon mereka. Ini adalah kerana hakikatnya, DAP tidak mempercayai Pas atas isu-isu seperti Hudud.

Isu ‘salon rambut’ dan ‘khalwat’ oleh bukan Melayu di Kelantan baru-baru ini makin menjauhkan keyakinan DAP menjana undi Cina kepada Pas.

Pada PRU-12, beberapa kerusi yang berjaya dikuasai DAP adalah atas ihsan undi yang dijana daripada sokongan dan kempen berapi Pas. Contoh ialah DUN Rahang dan Repah di Negeri Sembilan, DUN Teratai dan Sekinchan di Selangor dan Parlimen Seremban, Teluk Intan dan Puchong.

Dalam konteks Johor iaitu sasaran medan tempur DAP pusingan ini, kerusi Parlimen Bakri dengan majoriti 722 undi (PRU-12) diberikan kepada DAP, walaupun pengundi Melayu merupakan 43 peratus.
Pada PRU-11 MCA menang dengan majoriti 19,059. 

Pertambahan undi Melayu kepada calon-calon DAP dalam kawasan strategik undi Melayu, adalah kerana kempen intensif Pas ke atas akar umbi Melayu. Sebaliknya, DAP tidak berusaha bersungguh-sungguh agar calon Pas menang.

Malangnya para pengikut totok Pas tidak sedar itu semua. Walaupun mereka sedar, akal mereka sudah berada dalam kepompongan minda (mental block) yang tebal serta ketaksuban kepada pemimpin yang melampau. 

Para penganalisis bebas meramalkan pada PRU-13 ini DAP akan menang besar. Pas pula akan kalah teruk.



Kesimpulannya, Orang Melayu yang lain wajar diingatkan bahawa mengundi Pas itu sama dengan mengundi DAP.

Petikan daripada rencana 1 undi PAS = 1 undi DAP oleh saudara Zaini Hassan. Kupasan penuh rencana boleh baca di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130321/re_06/1-undi-Pas-1-undi-DAP


SK : pengikut-pengikut PAS memang 'mental block' tahap sawan...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...