PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Tuesday 12 March 2013

Ramai Kakitangan Awam Pro Pembangkang Tak Sabar Nak Berhenti Kerja!!



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013 ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:

1. Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

2. 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

3. Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

4. Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

5. Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

6. Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

7. Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

8. Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

9. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia  perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion. - SINAR HARIAN.


Terima kasih di atas keprihatinan Perdana Menteri (Kerajaan Persekutuan) kerana tidak mengabaikan kakitangan Kerajaan. Kakitangan Kerajaan juga merupakan tonggak utama atau jentera yang menyumbang tenaga ke arah pembangunan negara, menjalankan setiap dasar dan hasrat Kerajaan sehingga berjaya menjadikan negara seperti yang kita nikmati hari ini.

Namun seperti biasa, pihak-pihak pembangkang terutamanya DAP tetap melihat perkembangan ini sesuatu yang harus disekat. Mereka cukup anti dengan penjawat awam, kalau boleh diorang nak buang semua penjawat awam.


Mari kita lihat apa yang ada dalam hati Cina biaDAP Tony Pua ini ;

"Kakitangan awam yang ramai pada hari ini disebabkan dasar Kerajaan yang menjadikan perkhidmatan awam sebagai tempat lambakan graduan Melayu yang menganggur" - Tony Pua, Petaling Jaya/Malaysiakini, Rabu 23 Mei 2011.

"Dasar Kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam pada Julai 2007 merupakan pembaziran wang rakyat dan membebankan kewangan negara" - Tony Pua, Petaling Jaya/Malaysiakini, Rabu 23 Mei 2011.

"DAP akan mengusulkan satu 'Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam' setiap tahun" - Tony Pua, Johor Bahru, Isnin 31 Oktober 2011.

"Kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja agar tidak menyusahkan Kerajaan" - Tony Pua, Johor Bahru, Isnin 31 Oktober 2011.

"Kakitangan awam banyak makan rasuah, puncanya sebab ramai orang Melayu kerja Kerajaan" - Tony Pua, Johor Bahru, Isnin 31 Oktober 2011.



Jadi, anda fikirkanlah apa akan terjadi sekiranya DAP (dan Pakatan Pembangkang) berkuasa. Dalam perkhidmatan awam pun ada sebilangan kakitangan yang tidak menyokong Kerajaan, menghentam Kerajaan dan sebagainya. 

Oleh itu, adakah anda sudah bersedia untuk 'ditendang' dari kerja anda apabila pihak yang anda sokong berkuasa?? Jadilah bijak dan cerdik sikit selepas ni.

Satu lagi yang menjadi 'hangat' di hati puak-puak DAP ni mungkin kerana kakitangan awam majoritinya adalah kaum Melayu. DAP memang diketahui sangat anti Melayu. Mereka memang tidak suka dengan perkembangan tersebut. 

Jangan salahkan Kerajaan kerana Kerajaan tidak pernah menutup peluang untuk orang Cina memasuki perkhidmatan awam. Sampai satu tahap Kerajaan seperti memujuk pula untuk kaum-kaum lain menyertai perkhidmatan awam. Lu tepuk dada sendiri la tanya.

"Tony Pua is the Better Choice!"??


Lagi bukti DAP sangat prejudis terhadap perkembangan perkhidmatan awam dan kakitangan awam negara ini.


Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)


Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh Setiap Tahun Akan Dikurangkan  Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri Chinakurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata,  jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.



Penjawat-penjawat awam yang menyokong pembangkang, bersediakah anda untuk 'ditendang' kelak andai mereka berkuasa?? Kerja sekarang pun selalu curi tulang, selalu mengular kemudian menyokong pembangkang pula.


SK : 'pangkah' Tony Pua dalam PRU13...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...