Di kala ini kita dikhabarkan bahawa Menteri Besar Kelantan, Yang Agung Tuan Guru Nik Aziz sedang terlantar di hospital (yang dirahsiakan lokasinya) akibat masalah sakit perut.
Hanya sakit perut, bukan jantung atau organ-organ lain. Perincian mengenai masalah perut tersebut kita pun tidak tahu secara lanjut.
Walau apapun, kita memanjatkan doa dan berharap semoga masalah kesihatan Nik Aziz akan segera sembuh seperti sediakala dan dapat kembali aktif dalam arena politik memandangkan PRU13 semakin hampir sangat.
Nik Aziz perlu kembali sihat dan bertenaga untuk terus menerajui negeri Kelantan sebagai Menteri Besar andainya Kelantan masih di bawah penguasaan PAS.
Andai sebaliknya pun kita berharap Nik Aziz mempunyai kesihatan yang baik untuk melihat negeri Kelantan bertukar wajah dan tangan. Nik Aziz mesti dan wajib untuk menyaksikannya detik tersebut.
Selain itu, harapan agar Nik Aziz terus sihat dan bertenaga juga adalah kerana untuk membolehkan beliau menyambut hari jadinya (dan juga sambutan-sambutan yang lain) pada tahun-tahun yang mendatang bersama rakan-rakan baik beliau.
Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik kepada Tok Guru Nik Aziz. Amin.
SK : kebanyakkan tok-tok sedara SK yang sebaya dengan Nik Aziz, dah lama.....
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.