Inikah tahap pemikiran seorang yang bergelar ahli parlimen? Memang amat menyedihkan. Jika ada ramai ahli parlimen seperti ini maka tidak mustahil negara akan hancur dan menjadi huru-hara.
Nak mansuhkan pasukan Polis? Nak hapuskan SB (Special Branch)? Rasanya dia ni bercakap mengikut sedap mulut saja tanpa mengikut pertimbangan otak. Bila bercakap tanpa fakta dan buta sejarah, beginilah jadinya.
Kalau pemimpin-pemimpin pun dah begini, tak hairanlah kalau anak-anak buah atau penyokong lebih teruk daripada itu. Kepimpinan melalui teladan lah ni.
Geram...nak tembak Polis.
Agaknya, kalau Pakatan Pembangkang memerintah negara apa akan terjadi kepada pasukan Polis? Kalau Polis pun diorang sanggup panggil sebagai 'anjing' dan nak tembak, nak hapuskan, rakyat yang lemah ni apatah lagi?
AMK Cabang Sik kata Polis anjing dan nak tembak Polis. Baca lanjut di sini http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/05/terkini-polis-akan-humban-budak-kurang.html
Amboiii bang, bersemangat sungguh ye...
Beginilah lumrah Pakatan Pembangkang samada pemimpin mahupun juak-juaknya, bila senang buruk-burukkan Polis, nak hapuskan Polis, nak tembak Polis dan sebagainya. Tapi bila berada dalam kesusahan atau tersepit, Polis juga yang dicari bagi mendapatkan perlindungan dan keselamatan.
Bila ditenung-tenungkan balik, memang kelakar sungguh puak-puak ni. Sungguh kelakar. Jadi, orang yang kelakar (badut) ni tempat mereka hanya di pentas menghiburkan orang ramai (ceramah), dan bukannya di pentas negara menerajui pembangunan negara.
Ludah ke langit, akhirnya terkena muka sendiri...
Seluruh rakyat Malaysia, renung-renungkanlah.
SK : selepas ni PKR kena sediakan kaunter lah untuk rakyat buat segala macam laporan, sebab Polis semua dah dihapuskan...
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.