Petikan daripada MyMassa http://www.mymassa.blogspot.com/2013/03/akhbar-cina-kritik-pasukan-keselamatan.html
China PressRuangan: kedai kopi orang ramai m/s C19Tarikh: 3 Mar 2013 (Ahad)Tajuk: Belum berperang sudah tewasPenulis: Goh Kean NamAkhirnya pihak polis Malaysia ambil tindakan menyerang tentera Sulu.Walaupun tentera Sulu lebih ramai yang mati, tetapi tidak kurangnya 2 orang anggota polis kita juga telah mati dan 3 orang cedera.Bagi saya, ia telah memalukan kedaulatan negara kita.Yang pertama, sepatutnya sebarang kejadian itu boleh dihindarkan.2 minggu lepas dengan kehadiran ratusan tentera musuh, mereka mendarat tanpa menggunakan sebarang senjata walaupun sebilah pisau kecil, mereka naik ke darat mengikut tiupan angin laut, tanpa sebarang halangan merentas laut dari Filipina masuk tanpa izin ke negeri Sabah, sehingga mereka dapat menguasai sesuatu tempat di Lahad Datu Sabah, pihak polis negara kita dikatakan lambat tahu dan lambat perasan, cuba anda fikirkan, bukankah ini satu berita yang melucukan?Masalah yang ada sekarang ini, pihak yang berkenaan tetap tidak memberi penjelasan dalam tangani sempadan kepada rakyat, masih lagi memberikan pelbagai alasan, apa yang sering disebut, pihak polis masih dalam keadaan terkawal, kata-kata yang bongkak, tidak langsung pertikaikan kelemahandiri sendiri yang berlaku di sempadan ynag boleh mencurigakan itu.Selain dari itu, cara penggunaan dari segi erti kata strategi, langsung tidak peka dengan keselamatan, langkah-langkah yang tidak cukup tegas dan tangkas.Bukankah begitu?Malaysia telah ditubuhkan sehingga ke hari ini lebih setengah Abad lamanya, ia juga telah mendapat pengiktirafan bangsa-bangsa bersatu, apabila berhadapan dan tuntutan tentera Sulu yang tidak masuk akal itu serta menjajah tanah kedaulatan Sabah, adakah kita masih beri mereka peluang untuk berbincang?Mahu pengaruh tentera musuh?Adakah langkah bodoh dengan bertanggapan bahawa negeri Sabah adalah lambakan kepada pendatang haram? Tidak mengapa lah jika tambah lagi ratusan pendatang haram untuk diberikan kad pengenalan kewarganegaraan Malaysia untuk simulasikan tentera Sulu?Sedangkan ia telah diperlambat-lambatkan sehingga ambil masa 2 minggu, bukankah kita telah membuka peluang kepada pihak musuh untuk susun lebih banyak langkah-langkah strategi mereka, dan langkah-langkah untuk tambah lebih banyak lagi peluang perbincangan?Yang paling penting, bukankah kita tidak pelajari contoh dari peperangandengan VietNam dengan tentera Amerika?Walaupun bilangan tentera Sulu yang masuk ke negeri Sabah itu terlalu sedikit yang dikatakan tidak menjolok mata, tetapi mereka adalah tenteratelah terlatih dengan huru hara di Selatan Filipina, mereka memang hebat dari segi ketangkasan dalam strategi peperangan, apabila mereka nampak peluang di depan mata, jika kita terlapas kawalan dalam perang gerila di dalam hutan, anggota polis yang hidup dengan selesa dan dibuai dengankesenangan hiduptidak semestinya mampu mengatasi mereka, dan mampu mempunyai sebarang kelebihan di situ. Selain dari itu, permulaan gerakan itu dianggotai oleh pihak polis dan bukannya dari pihak tentera Malaysia untuk atasi tentera musuh, bukankah ini bermakna kita ambil ringan terhadap tentera musuh?Dahulu semasa Singapura baru sahaja ditubuhkan sebagai sebuah negara, ada sesetengah orang sedang meramalkan, jika Malaysia dan Singapura berperang, kepada rakyat yang ramai dan tanah yang luas seperti di negara kita ini, Singapura lebih memilih cara Israel, menggunakan senjata canggih untuk mendapat kelebihan di situ.Tetapi hari ini, masalah itu tidak semestinya sudah ketinggalan zaman.Kita tidak perlu sebut negara Singapura, walaupun pada satu hari nanti jutaan pendatang tanpa izin di negara ini bergabung melakukan rusuhan dan revolusi, tidak semestinya pihak polis dan pihak tentera dapat atasinya.Kerana musuh utama mereka bukan pihak lawan, musuh utama mereka adalah pada diri mereka sendiri.Semangat kecintaan negara dalam jiwa mereka, telah lama ditewaskan dengan sogokan penyelewengan dan rasuah.
Beginilah, adakalanya melawan musuh, ancaman atau anasir jahat dari luar lebih mudah daripada melawan musuh dari dalam 'selimut' sendiri yang hanya tahu mewujudkan ketidaktentuan sebaliknya dalam masa yang sama hidup penuh senang-lenang di atas pengorbanan orang lain.
Ancaman pemberontak Sulu mengingatkan kita kepada ancaman dan kekejaman Komunis, hampir sama. Walaupun Komunis telah lama ditewaskan tetapi keturunan dan anutan fahaman tersebut masih ada yang berkeliaran dalam negara ini. Ini tentulah lebih berbahaya dari pemberontakan bersenjata.
SK : kalau tak pernah ingin berkorban untuk menjaga keamanan negara, jagalah tutur dan kelakuan...
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.