PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Wednesday 6 March 2013

MAN.UNITED Kalah Kepada REAL MADRID!! Apakah Kerana Sebuah SANDIWARA, Dan KONSPIRASI BN/UMNO?


Awal pagi tadi seluruh penyokong Manchester United pasti berasa sangat kecewa kerana pasukan mereka telah kecundang 1-2 (aggregat 2-3) di tangan Real Madrid dalam perebutan tempat ke peringkat suku akhir Piala Juara-Juara 2013.

Apa yang lebih perit ialah MU juga terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Nani diarah keluar padang akibat menerima kad merah kerana menendang pemain Real Madrid. Selain itu, gol kedua Real Madrid telah dijaringkan oleh bekas pemain terhandal MU, Cristiano Ronaldo menambahkan lagi perit MU.

Mungkin ini adalah SANDIWARA Nani untuk mendapatkan kad merah.

Namun, apakah kekalahan ini merupakan suatu SANDIWARA? Apakah Nani telah diarahkan pihak tertentu untuk mengakibatkan dirinya dikenakan kad merah? Apakah semua pemain MU telah bermain sambil lewa atau bersandiwara? Siapa petualang, Alex Ferguson barangkali? Sungguh sedihlah andai kekalahan MU ini merupakan suatu SANDIWARA dan KONSPIRASI.

 

Atau yang paling dahsyat sekali ialah, apakah kekalahan MU ini disebabkan BN/UMNO juga???

Gilakah? Semua benda nak dikaitkan sandiwara.

Memang gila, sebab ada seorang gila yang sanggup mengatakan suatu kejadian yang mengancam keselamatan negara pun adalah sebuah SANDIWARA.

SK : Ronaldo respect Old Trafford tanpa meraikan golnya, tapi ada bangsat yang tak tahu respect negaranya...

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...