Malaysia diminta amal toleransi maksimum
MANILA 4 Mac - Kerajaan Filipina hari ini menggesa pihak berkuasa Malaysia mengamalkan toleransi maksimum dalam mengendalikan pengikut Raja Muda Azzumudie Kiram di Sabah.
Kenyataan itu dibuat ekoran pertempuran yang mengorbankan 17 orang, termasuk enam anggota polis Malaysia di Semporna, kelmarin.
Jurucakap Hal Ehwal Luar, Raul Hernandez berkata, insiden tembakan di Semporna itu bagaimanapun telah dapat dikawal oleh pihak berkuasa Malaysia sejak pukul 8 malam tadi.
Kematian akibat insiden itu amat dikesali dan kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat," kata Hernandez dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Setiausaha Luar, Albert del Rosario akan ke Kuala Lumpur hari ini untuk berunding dengan rakan sejawatnya dari Malaysia bagi membincangkan bagaimana mengelak lebih banyak nyawa terkorban.
Katanya, del Rosarioa turut akan menemui Duta Malaysia ke Filipina bagi memaklumkan bahawa kedua-dua negara mementingkan nyawa rakyat masing-masing.
Kerajaan Filipina telah meminta pengikut Kesultanan Sulu yang diketuai Raja Muda Azzumudie menyerah diri secara aman.
Namun, kami (Filipina) juga memohon supaya pihak berkuasa Malaysia mengamalkan toleransi maksimum dalam mengendalikan saki-baki pengikut Kiram di Sabah," ujarnya.
Hernandez turut mengulangi permintaan Filipina untuk membenarkan kapal Tentera Laut Filipina, AT-296 Tagbanua memasuki Lahad Datu bagi menyediakan bantuan kemanusiaan dan konsulat, selain merawat mereka yang cedera serta membawa mereka balik ke tanah air. - AGENSI
Apakah sepanjang tempoh pencerobohan di Lahad Datu sebelum ini Kerajaan Malaysia tidak mengamalkan sikap toleransi? Rasanya sudah lebih dari cukup maksimum toleransinya.
Apabila seseorang atau kumpulan yang datang ke sesebuah negara yang berdaulat dan membuat onar yang menyalahi undang-undang negara tersebut, ia (mereka) telah menjadi hak mutlak negara berkenaan untuk mengadilinya atau menjatuhkan hukuman dengan apa cara sekalipun.
Pihak PDRM juga telah menyatakan bahawa anggota penceroboh yang ditawan akan didakwa atas kesalahan menceroboh dan membunuh anggota keselamatan. Baguslah begitu.
Semoga pihak Kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan Filipina ini. Walaupun mereka juga tidak menyokong pencerobohan ini namun mereka sudah tidak punyai hak untuk membawa balik penjenayah-penjenayah rakyat sendiri yang ditangkap di negara ini.
Mereka sepatutnya tangani awal-awal lagi kumpulan ini di negara sendiri atau tangkap saja 'Sultan' tersebut. Lagi pula apa jaminan andainya penceroboh ini dibawa pulang ke Filipina mereka akan dihukum setimpalnya? Apakah hari ini dibawa pulang esok datang semula ke Sabah?
Kita menanti hukuman yang sewajarnya daripada pihak berkuasa negara ini kepada penceroboh-penceroboh ini.
SK : cantik muka kau!!!
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.