Demi rakyat Selangor katanya...
Tudiaaa...mari kita tengok,
Bantuan kepada ibu bapa yang menjaga anak sebanyak RM100 sebulan...
157 ibu bapa mendapat manfaat sejak diperkenalkan pada 2012.
Bantuan RM50 untuk kanak-kanak pra sekolah yang pendapatan ibu bapa kurang RM1500 sebulan...
1,277 kanak-kanak menerima bantuan ini sejak diperkenalkan pada 2012.
Pelik rasanya. Takkan seluruh negeri Selangor cuma 157 ibu bapa saja yang layak? Takkan seluruh negeri Selangor cuma 1,277 kanak-kanak saja yang layak?
Angka ini kalau bagi negeri Perlis atau Melaka pun rasanya tak munasabah juga, inikan pula negeri yang besar seperti Selangor.
Satu lagi, kenapa semuanya hanya bermula pada tahun 2012? Tahun 2009 apa jadi? Tahun 2010 pergi mana duit dan dana? Tahun 2011 duit masuk poket siapa? Mungkin kantung Penasihat Ekonomi kot?
Kata mereka, "kami usahakan sejak tahun 2008". Bayangkan usaha sejak 2008, rakyat baru merasa hasil yang sangat ciput pada tahun 2012. Ambil masa 4 tahun untuk semua usaha yang sekecil ini dalam membantu kebajikan rakyat? Malang sungguh rakyat Selangor.
Satu lagi, apakah yang dijanjikan kepada ibu-ibu tunggal seluruh negeri Selangor telah dilaksnakan? Jika dilaksanakan masakan ibu-ibu tunggal ini menyaman kerajaan negeri pula. Pelik sungguh.
2,020 ibu tunggal saman Kerajaan Selangor tuntut RM10.9 juta
22 November 2012
SHAH ALAM - Seramai 2,020 ibu tunggal di Negeri Selangor hari ini memfailkan saman menuntut RM10.9 juta kerana gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Kamarudin & Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad.
Murtini Kasman, 58, selaku plaintif telah menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defenden pertama dan kedua.
Kesemua plaintif terdiri dari penduduk 11 kawasan Parlimen, antaranya Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat, Sungai Besar dan Sabak Bernam.
Kira-kira 50 wakil ibu tunggal turut hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika tuntutan saman difailkan. - SINAR HARIAN.
Murtini Kasman, 58, selaku plaintif telah menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defenden pertama dan kedua.
Kesemua plaintif terdiri dari penduduk 11 kawasan Parlimen, antaranya Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat, Sungai Besar dan Sabak Bernam.
Kira-kira 50 wakil ibu tunggal turut hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika tuntutan saman difailkan. - SINAR HARIAN.
Apa pun yang terjadi, ini kata-kata mereka dengan muka selamba tanpa rasa bersalah dan malu;
TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN ANDA
Rakyat Selangor pun rasanya perlu juga berkata-kata. Apa kata-kata yang sesuai bagi rakyat Selangor? Ini dia;
TERIMA KASIH, KAMI TOLAK PKR DAN PAKATANNYA
SK : kepada orang-orang Selangor...hai 'Selangorku'.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.