PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Wednesday 10 April 2013

Husam Musa, Calon Melancong; Selamat Datang Ke Putrajaya

Antara aspek kemudahan di Putrajaya

Telah disahkan bahawa Husam Musa akan bertanding di Parlimen Putrajaya pada PRU13 nanti. Akhirnya Husam juga manusia paling gentleman, berani datang ke Putrajaya. Pengundi Putrajaya pastinya mengharapkan Anwar Ibrahim yang bertanding di sini, kerana dia pun dah gila benar nampaknya untuk ke Putrajaya.

Tapi Anwar pengecut, tak seberani Husam, Perbatang...ehh silap, Permatang Pauh juga dipilih sebagai tempat untuk dia menguburkan diri. Cakap je melantong-lantong nak bertanding di sana di sini. Calon ke Parlimen Pekan pun dihantarnya Cikgu piang je untuk melawan Najib.

Ingatkan juga Mat Sabu yang nak bertanding di Putrajaya, rupanya tak juga. Maklumlah Mat Sabu tu Timbalan Presiden PAS, tentu punya kekuatan untuk ke Putrajaya kerana dia pun meroyan sangat nak duduk di Kompleks D tu sebagai Menteri Dalam Negeri katanya. Tapi pengecut juga, Pendang yang dicarinya. Tempat-tempat yang selamat je yang pemimpin-pemimpin haprak ni cari. Takut. Tapi Husam juga yang berani. 

Belum apa-apa lagi dah perlekehkan Putrajaya...kusam betullah PAS ni

Selamat datanglah diucapkan kepada Husam. Cuma satu perkara yang nak pesan kat Husam ni, bila bersiar-siar dengan kereta di Putrajaya ni, bila sampai di simpang jalan terutama yang ada lampu isyarat, boleh saja belok ke kiri bilamana tiada kenderaan lain atau orang yang lalu. 

Husam kena belajar ni semua, begitu juga dengan penyokong-penyokong pembangkang yang mungkin akan 'menyampahkan' Putrajaya semasa tempoh berkempen nanti.

Bukan apa, kalau ada kenderaan yang berhenti di lorong paling kiri di persimpangan jalan di Putrajaya, orang akan tahu bahawa itu mesti orang baru atau pun pelancong. Walaupun Husam datang ke Putrajaya juga sebagai seorang pelancong (kerana akan ditunjukkan jalan keluar dengan mudah oleh pengundi), tetapi janganlah mengganggu aliran trafik di Putrajaya. 

Katanya pemandu-pemandu bas Nadi Putra cukup marah kalau ada kenderaan yang berhenti di laluan kiri persimpangan jalan. Papan tanda dah terpampang, masih juga tak reti-reti. Harap nanti Husam takde la kena marah dengan mana-mana pemandu bas Nadi Putra.


SK dah beberapa kali ke Putrajaya, kali terakhir semasa pesta belon panas haritu. Jadi dah faham dan tahulah juga sikit-sikit peraturan di Putrajaya ni.


Ini peta ringkas Putrajaya untuk rujukan Husam dan juga pemandunya...

Husam memang berani kerana bersetuju untuk menjadi calon di Putrajaya. Kenapa beliau sanggup keluar dari Kelantan tiada siapa yang tahu sebab utamanya. Apakah dia sendiri mula sedar bahawa harapannya di Kelantan sememangnya tipis kerana Kelantan bakal bertukar Kerajaan. Harapan untuk menjadi MB kian musnah kerana khabarnya Tok Pa akan menjadi arkitek pembangunan Kelantan selepas ni.

Ini bukan mustahil kerana ramai pemimpin utama pembangkang yang sebelum ini menang di Kelantan telah pun keluar ke tempat lain; Saifuddin Nasution dah lari ke Kedah, Salahuddin Ayub dah lari ke Johor dan Mat Sabu pun dah tak pandang lagi Kelantan. Masing-masing dah mencari tempat selamat demi nyawa politik masing-masing. Kesian sungguh Nik Aziz kalau macam ni.

Sudahlah seramai 17 orang pemimpin PAS Kelantan dah pun ditunjukkan jalan keluar daripada PRU13 melalui satu analisis wajar. Baca di sini http://www.spermakini.blogspot.com/2013/04/17-orang-calon-pas-ditunjukkan-jalan.html

Jangan bawa kambing-kambing ke Putrajaya pulak ye...

Selamat bertanding diucapkan kepada Husam. InsyaAllah pengundi-pengundi di Putrajaya baik-baik dan bijak belaka. Selepas selesai PRU13 mereka akan mengalu-alukan dengan senyuman, 'menghantar' Husam balik semula ke Kelantan selepas dia selesai sudah melihat-lihat tempat yang menarik dan cantik-cantik di sekitar Putrajaya. 

Bukan selalu dapat datang melancong ke Putrajaya, jangan lupa singgah bersolat di Masjid Putra (bukan Putera ye..). Anwar pun tak pernah datang melihat-lihat Putrajaya sejak bertahun-tahun dulu walaupun dia sendiri yang kepingin sangat ke Putrajaya.

Kepada pengundi-pengundi Parlimen Putrajaya, silalah layan Husam dengan baik ye. 

SK : Putrajaya cantik... Apakah terdetik dalam kepala Husam untuk melelong Putrajaya? Hanya dia yang tahu.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...