PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Friday 12 April 2013

Strategi Jahat Pembangkang, 'Hantu-Hantu' Singapura Akan Dilepaskan Lagi #PRU13


Bukti...apakah ini pun kerja BN/UMNO?

Penglibatan Singapura dalam memporak-perandakan Malaysia sememangnya tidak pernah ada akhirnya sejak dari zaman LKY masih berambut hitam lagi. Usaha tersebut sentiasa mudah dan licin kerana adanya 'pendua' PAP di Malaysia iaitu DAP, manakala Lim Kit Siang adalah anak didik paling baik LKY. Pasti dan bukan mustahil lagi, 'hantu-hantu' dan 'jembalang' (bukan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura) dari Singapura akan menyusup masuk ke seluruh negara menjelang PRU13 nanti bagi membantu 'rakan-rakan' mereka memenangi undi. Semasa siri-siri perhimpunan Bersih Kotor diadakan pun, cukup ramai 'hantu-hantu' dari Singapura yang dicekup, yang dikenalpasti.

Berikut adalah antara pendedahan penting dan berani oleh rakan bloger Truth Vaccine tentang penglibatan Singapura dalam PRU13 yang bakal menjelang nanti.

#StrategiJahatPembangkang : Singapura Membantu DAP untuk PRU-13


1. Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.

3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.

4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.
5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.

8. Setelah Singapura yang sebelum ini merupakan tanah milik Orang Melayu berjaya di'republik'kan, nampaknya usaha untuk meng'republik'kan Malaysia ini masih menjadi agenda utama PAP-DAP.

9. Orang Melayu di Malaysia hanya mempunyai sesama sendiri, namun begitu dengan perpecahan yang ada ketika ini, tidak mustahil DAP mampu untuk mengambil alih kepimpinan negara ini.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

..........................................................  


Rakyat Malaysia yang cintakan negara ini jangan berdiam diri dan pandang remeh perkara ini. Kita mesti menghalang perkara ini daripada berlaku. Caranya ialah dengan menolak (tidak mengundi) Pakatan Pembangkang. 

Ingatlah bahawa satu undi untuk PAS atau PKR, undi itu akan pergi kepada DAP. DAP lah yang akan menang. Samada PAS atau PKR, Nik Aziz atau Anwar Ibrahim senang-senang saja DAP boleh tendang terajang mereka seperti anjing kurap bila-bila masa saja.

Mari kita semua rakyat Malaysia, jangan biar negara ini diporak-perandakan. Rakyat Johor, jalankan tanggungjawab anda. 'Patahkan' Lim Kit Siang di Gelang Patah. Jika didapati ada 'hantu-hantu jembalang' yang mencurigakan yang cuba menyusup melalui tanah bumi bertuah anda, 'jampikan' mereka cepat-cepat supaya tidak meresap jauh ke tempat-tempat lain.

Siapa punca terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969, baca sejarahnya di sini http://www.spermakini.blogspot.com/2013/02/dedah-episod-episod-13-mei-1969-dan.html

TOLAK DAP 
TOLAK DAP
TOLAK PAS = TOLAK DAP
TOLAK PKR = TOLAK DAP

SK : Kenapa Singapura di'tendang' keluar oleh Tunku Abdul Rahman dahulu, orang muda harus tahu sejarah...bacalah, ketahuilah.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...