PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Saturday 20 April 2013

Pelbagai 'Batu Asas' Sudah Mula Dijual Di Putrajaya #PRU13


Wahh...cantiknya!!!

Petang semalam (Jumaat) seorang sahabat SK ada memberikan satu 'kad' yang 'cantik' yang diperolehinya selepas menunaikan solat Jumaat di Presint 8, Putrajaya. Kad tersebut diedarkan kepada jemaah selepas selesai solat Jumaat. Bila tengok 'kad' tu SK berkatalah "wahh cantik kad ni..". Lantas sahabat SK yang juga pengundi di Parlimen Putrajaya (orang Kelantan) menjawab "cantik??..banyak cantik muka dia". SK hanya mampu tersenyum.

Memang pun, wah wah wahh "banyak cantik muka dia", siap letak gambar bangunan Perdana Putra (JPM Blok A-Pejabat PM) lagi sebagai latar belakang kad. Bukankah dahulu nak jual atau lelong Putrajaya? Putrajaya projek pembaziran wang rakyatlah dan berbagai lagi. Sekarang siapa yang terhegeh-hegeh nak ke Putrajaya? Memang tak boleh disangkal lagi, PAS memang suka bermuka-muka.

Sepatutnya inilah gambar yang sesuai dan patut diletakkan...


Jelas...PAS akan buat apa saja walau menjual agama. Suka bermuka-muka.

Begitulah, mudah dan senang kan. Datang ke tempat yang telah dibangunkan dengan baik dan terancang, cantik dan tersergam segala macam kemudahan serta infrastruktur, seperti datang sambil kedua-dua tangan menyeluk kocek seluar, berlenggang-lenggang. 

Sebab tu dengan mudah letak saja gambar Perdana Putra tu dalam bahan-bahan kempen. PAS memang hebat, hebat bermuka-muka dan menipu rakyat, hebat dalam mencuci tangan. Kerana itu sepanjang 20 tahun terakhir ni Kelantan 'takdok gapo-gapo'...hanya ada 'batu asas' saja.

Taukeh batu asas sudah berada di Putrajaya. Kepada pengundi-pengundi Putrajaya, siapa nak tempah batu asas (janji-janji kosong)?? Buatlah pilihan bijak.

SK : kita nak melihat Kelantan seperti mana Putrajaya atau nak melihat Putrajaya akan bertukar menjadi Kelantan???


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dipaparkan di blog ini adalah menjadi tanggungjawab anda (pengomen) sendiri dan pihak SK tidak bertanggungjawab ke atas setiap satunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...