PEDOMAN

Sabda Rasulullah S.A.W : "Tunggu saat kehancurannya, apabila amanah itu disia-siakan". Para sahabat serentak bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan menyia-nyiakan amanah itu?" Nabi S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". - Hadith Riwayat Bukhari.

Friday, 12 April 2013

Strategi Jahat Pembangkang, 'Hantu-Hantu' Singapura Akan Dilepaskan Lagi #PRU13


Bukti...apakah ini pun kerja BN/UMNO?

Penglibatan Singapura dalam memporak-perandakan Malaysia sememangnya tidak pernah ada akhirnya sejak dari zaman LKY masih berambut hitam lagi. Usaha tersebut sentiasa mudah dan licin kerana adanya 'pendua' PAP di Malaysia iaitu DAP, manakala Lim Kit Siang adalah anak didik paling baik LKY. Pasti dan bukan mustahil lagi, 'hantu-hantu' dan 'jembalang' (bukan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura) dari Singapura akan menyusup masuk ke seluruh negara menjelang PRU13 nanti bagi membantu 'rakan-rakan' mereka memenangi undi. Semasa siri-siri perhimpunan Bersih Kotor diadakan pun, cukup ramai 'hantu-hantu' dari Singapura yang dicekup, yang dikenalpasti.

Berikut adalah antara pendedahan penting dan berani oleh rakan bloger Truth Vaccine tentang penglibatan Singapura dalam PRU13 yang bakal menjelang nanti.

Wednesday, 10 April 2013

Santai Malam: Poster Berahi; You Jump I Jump...


Malu? Alaa... Anwar tak malu pun, Mat Sabu tak malu pun. Badrulamin, Azmin, Elizabeth Wong dan ramai lagi diorang tak rasa malu pun. Apa lah sangat dengan poster ni... Cuma satu je nak tanya orang-orang PAS, rasa-rasanya sejak berkawan dengan DAP dan PKR selama ni, korang ada rasa 'terbogel' ke tidak???  Jawablah sendiri.

SK : cuba memahami kerana poster ni sangat dalam maksudnya...

Husam Musa, Calon Melancong; Selamat Datang Ke Putrajaya

Antara aspek kemudahan di Putrajaya

Telah disahkan bahawa Husam Musa akan bertanding di Parlimen Putrajaya pada PRU13 nanti. Akhirnya Husam juga manusia paling gentleman, berani datang ke Putrajaya. Pengundi Putrajaya pastinya mengharapkan Anwar Ibrahim yang bertanding di sini, kerana dia pun dah gila benar nampaknya untuk ke Putrajaya.

17 Orang Calon PAS Ditunjukkan Jalan Keluar, Nik Aziz Masih Lagi Tegang


Berikut adalah senarai nama 17 orang pemimpin PAS Kelantan (orang lama atau muka lama) yang mungkin bercita-cita untuk menjadi calon semula bagi menghadapi PRU13. Namun awal-awal lagi mereka ini telah ditunjukkan jalan keluar melalui satu analisa. Analisa ini menarik juga, mungkin sebagai garis panduan kepada kepimpinan PAS untuk mencari calon sesuai.

Tuesday, 9 April 2013

Pengundi Atas Pagar!!! Buah Tangan Untuk Anda




Ini mesej penting untuk pengundi-pengundi dari kumpulan 'atas pagar'. Pengundi atas pagar pada SK adalah sekumpulan rakyat yang menyebelahi kepada sesuatu pihak berdasarkan pertimbangan dan penilaian yang matang, rasional, bijak, wajar serta berhemah dari segenap aspek sebaliknya bukan berdasarkan ketaksuban, kefanatikan, membuta tuli serta emosional. Kumpulan ini boleh dianggap sebagai kumpulan penentu dalam PRU13 nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...