Siri 1 boleh baca di sini http://spermakini.blogspot.com/2013/03/misteri-nilai-matawang-rm1000-rm500-dan.html
Maka
DSAI dipanggil oleh Tun Mahathir supaya menangani masalah kegawatan ini segera.
DSAI mencadangkan untuk menggunakan pakej IMF kerana beliau telah dilantik
sebagai Presiden IMF bagi Asia Pasifik.
Antara
Pakej IMF :
a. Menaikkan
kadar asas pinjaman (BLR) hingga 10% bagi bank dan 12% bagi syarikat kewangan.
b. Bank-bank
di arah mengurangkan pinjaman (credit sqeeze).
c. Menggurangkan
tempoh hutang lapuk (NPL) dari 6 bulan dipendekkan kepada 3 bulan.
d. Menaikkan
bayaran minima bulanan kad kredit.
e. BSKL
diarah bekukan penyenaraian saham baru, penerbitan saham terbitan hak dan
penyusunan semula syarikat.
f. Di sektor kerajaan
pemotongan gaji dan elaun para menteri dan pegawai tinggi kerajaan, pembekuan
kenaikkan gaji kakitangan kerajaan, pemotongan belanjawan 1998 sebanyak 18%
yang bernilai RM12B dan menggantikan projek-projek mega.
Semua
langkah kewangan dan fisikal ini secara langsung mengejutkan kepada sektor
kerajaan dan swasta yang selama ini boleh dikatakan telah selesa dalam ekonomi
yang berkembang purata 8% sejak 10 tahun lalu. Masyarakat peniaga kini
terhimpit dua penjuru, sudahlah dikejar bank dan projek kerajaan pula terjejas. Selama 6 bulan ekonomi Malaysia tidak bergerak.
Justifikasi
Tun Mahathir ialah jika kerajaan tidak berbuat apa-apa dan membiarkan sahaja
kepada pasaran dalam ekonomi gawat (cara DSAI) sudah tentu syarikat-syarikat
besar yang bermasalah ini akan bankrap, beribu-ribu pekerja akan hilang pekerjaan
dan kerajaan akan hilang punca pendapatan dan cukai.
Sebaliknya
DSAI berpendapat usaha menyelamat syarikat-syarikat besar menggunakan khazanah
negara adalah tidak wajar. Nampaknya DSAI selaku Menteri Kewangan masih kabur tentang
falsafah pentadbiran kerajaan Dr. Mahathir yang menggangap pihak swasta adalah
rakan kongsi yang strategik dalam memajukan ekonomi negara.
Bagi
maksud ini Tun Mahathir menubuhkan Danamodal dan Danaharta khusus bagi membantu
pihak swasta menyusun semula modal dan hutang akibat kemelesetan ekonomi.
Pencanggahan
falsafah dan cara pendekatan menyelamatkan ekonomi Negara yang diambil oleh Tun
Mahathir dan DSAI ini menimbulkan bibit-bibit pertentangan pendapat antara dua
pemimpin ini.
Di
masa kegawatan ekonomi ini, Singapura telah melancarkan satu program kewangan
yang menawarkan kepada sesiapa sahaja dari negara-negara serantau, orang
perseorangan, pihak swasta untuk menyimpan wang dalam instrument kewangan; simpanan tetap (fix deposit) dan kerajaan Singapura akan membayar kadar faedah
sebanyak 36%.
Dalam
bulan Ogos 1998, BSKL mencatat kejatuhan paling rendah dengan indeks di bawah
300 mata. Nilai saham merosot hampir 80% dan matawang ringgit melebihi paras
RM4.00 = USD$1.00.
Akibatnya
jumlah syarikat yang bankrap meningkat hampir 300% dari 163 buah kepada 435
buah dan hampir 10 syarikat awam menghadapi masalah besar dengan bank.
Melihat
suasana ekonomi yang sudah masuk peringkat “DEPRESSION” dari ‘RECESSION” Tun Mahathir bertindak tegas menubuhkan MTEN (Majis Tindakan Ekonomi Negara) dan Tun Daim
sebagai Pengarahnya.
MTEN
berfungsi mencari formula bagaimana kaedah yang boleh digunakan pakai untuk
keluar dari kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia dan dalam masa yang sama
Malaysia tidak sesekali akan meminjam dari IMF.
Segala
proposal dari MTEN mesti dihantar ke Kementerian Kewangan dahulu untuk disemak
dan baru dibentangkan di Kabinet. Proposal pertama dihantar ke Kementerian Kewangan
tetapi tak sampai ke Kabinet. Tun M meminta Tun Daim menghantar proposal kali
kedua ke Kementerian Kewangan tetapi masih juga tidak sampai ke Kabinet.
Masa
terlalu singkat dan ekonomi Negara perlu diselamatkan. Akhirnya Tun Mahathir bertindak
tegas dengan melantik Tun Daim sebagai Menteri penuh dengan tugas-tugas khas
supaya proposal di MTEN itu tidak perlu melalui Kementerian Kewangan lagi.
Melalui
laporan dan semakan MTEN, duit hampir RM200B telah mengalir keluar ke Singapura
melalui bank-bank persisir di Labuan. Duit-duit ini milik orang perseorangan
dan syarikat yang mendapat kebenaran dari DSAI untuk menyertai program kewangan
yang ditawarkan oleh kerajaan Singapura yang menjadi pusat kewangan Asia
Pasifik.
Tun
Mahathir menemui rakan sejawatnya di Singapura iaitu Goh Chok Tong dan mohon jasa baik utuk
melepaskan kembali duit yang hampir RM200B itu ke dalam Malaysia. Respon
Singapura sangat negatif kerana ini urusan business dan bukanya faktor simpati.
Dalam
masa yang sama Indonesia juga menghantar RM340B ke Singapura untuk menyertai
program kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan Singapura.
Tun
Mahathir begitu marah dengan sikap pemimpin Singapura yang tidak bertanggungjawab
kerana program kewangan yang ditawarkan itu boleh memiskinkan negara-negara
jiran dan Tun Mahathir mula mengatur strategi untuk bertindak melalui nasihat MTEN.
Pada
1 September 1998, Malaysia telah melancarkan sistem kewangan Kawalan Modal dan Penetapan Nilai Ringgit: RM3.80 = USD$1.00. Melalui
sistem ini Tun Mahathir begitu berani membuat keputusan keluar dari sistem kewangan dunia. Melalui sistem ini Ringgit
tidak boleh diniagakan dan Ringgit tidak laku di pasaran wang antarabangsa sebaliknya hanya laku dan sah di dalam Malaysia sahaja.
Sistem
ini adalah untuk memberi pengajaran kepada DSAI dan Singapura. Duit yang hampir RM200B di bank-bank
Singapura itu tidak laku dan tidak boleh diniagakan serta tiada nilai sebab
sistem kewangan di Malaysia tidak mempraktiskan lagi sistem kewangan apungan (floating exchange).
Sebab
itu Tun Mahathir memberi masa sebulan untuk duit-duit itu dibawa balik semula ke Malaysia.
Dalam masa sebulan duit yang masuk hanyalah RM38B sahaja dan Tun Mahathir tidak berpuas hati dan
bertindak selanjutnya dengan menghapuskan note-note (nilai matawang Ringgit)
1000, 500 dan 20.
Tun
Mahathir memberi tempoh tertentu untuk nilai
matawang 1000, 500 dan 20 itu dibawa masuk ke Malaysia untuk dibayar nilai
yang sama (one to one) dan jika tidak, pemilik wang tersebut tidak akan dibayar dengan nilai yang sama.
Maka
pada 2 September 1998, DSAI telah dipecat dari jawatan TPM dan Menteri
Kewangan. Pada 3 September 1998 pula DSAI di pecat dari menjadi ahli UMNO.
Kesan
dari peristiwa ini, Gabenor Bank Negara, Timbalan Gabenor Bank Negara dan
Penolong Bank Negara meletakkan jawatan serta merta. Mereka semua adalah
penyokong DSAI dan bertujuan untuk menggagalkan sistem ini.
Kegawatan
ekonomi dan peranan DSAI memindahkan wang sejumlah hampir RM200B dari Malaysia
ke Singapura itu secara rahsia tidak dapat diterima oleh Tun Mahathir dan beliau menggangap
DSAI sebagai pengkhianat negara dan hukumannya adalah pemecatannya.
Sistem
kawalan modal ini sangat berjaya dan ringgit yang terdapat di negara-negara
seluruh dunia dipindahkan kembali ke dalam Malaysia dan jumlahnya melebihi
RM200B dan dengan wang inilah dapat menjana kembali ekonomi Negara. Namun baki duit tersebut yang gagal dibawa pulang masih lagi berada di Singapura.
Malang
pula bagi Indonesia, setelah bertahun-tahun merayu kepada kerajaan Singapura
untuk mendapatkan kembali RM340B itu namun tidak berjaya. Sehinggakan akhirnya ada pemilik-pemilik wang tersebut yang menukar kewarganegaraan mereka menjadi rakyat Singapura kerana wang berjumlah
RM340B itu tetap tersimpan dan menjadi milik Singapura. Malang bagi Indonesia, mereka terpaksa pula meminjam dari IMF.
................................................
Tudiaaa, patutlah bersungguh-sungguh benar nak menjadi Perdana Menteri, rupanya ada 'tabung' di Singapura. Jelaslah sekarang, antara sebab/faktor utama dipecat oleh Tun Mahathir dahulu bukanlah kerana jenis sukakan 'lubang belakang' saja tetapi sebab tak pandai nak urus tadbir negara.
SK : RM200B banyak mana ye...cuba membayangkan.
................................................
Tudiaaa, patutlah bersungguh-sungguh benar nak menjadi Perdana Menteri, rupanya ada 'tabung' di Singapura. Jelaslah sekarang, antara sebab/faktor utama dipecat oleh Tun Mahathir dahulu bukanlah kerana jenis sukakan 'lubang belakang' saja tetapi sebab tak pandai nak urus tadbir negara.
SK : RM200B banyak mana ye...cuba membayangkan.
info terbaik bro..
ReplyDelete